Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Terhadap Stres Dikalangan Guru Sekolah Rendah Di Zon Permas Jaya, Johor Bahru Dari Aspek Personaliti

Hassan , Johari and Md Suandi, Noornazifah (2010) Kajian Terhadap Stres Dikalangan Guru Sekolah Rendah Di Zon Permas Jaya, Johor Bahru Dari Aspek Personaliti. Kajian Terhadap Stres Dikalangan Guru Sekolah Rendah Di Zon Permas Jaya, Johor Bahru Dari Aspek Personaliti . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
46kB

Abstract

Stres dan personaliti adalah perkara yang lumrah dalam kehidupan kita pada masa kini. Oleh yang demikian, kajian punca dan tahap stres dikalangan guru merupakan satu senario yang agak subjektif. Ianya merupakan satu kajian tinjauan bagi melihat punca, tahap stres dan tahap stres dari aspek personaliti dikalangan guru sekolah rendah di zon Permas Jaya, Johor Bahru. Seramai 118 orang responden telah dipilih secara rawak berstrata (kuota) dalam menjayakan kajian ini. Enam buah sekolah rendah di zon ini telah dijadikan oleh penyelidik sebagai tempat kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik, skala likert 5 mata digunakan bagi tahap stres manakala bagi tahap stres dari aspek personaliti skala berpandukan kepada set ujian Malek Mukamat Said (2004). Data di analisis menggunakan perisian komputer “Statistical Packages for Social Science” (SPSS 15.0). Hasil dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk diskriptif (frekuensi dan peratusan). Dapatan kajian menunjukkkan bahawa guru sekolah rendah mengalami tahap stres yang rendah dan mereka juga menghadapi tahap stres dari aspek personaliti yang sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap stres tidak dipengaruhi oleh personaliti responden. Faktor-faktor seperti bebanan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar tidak mempengaruhi tahap stres guru.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:stres, guru sekolah rendah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11472
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Dec 2010 07:04
Last Modified:16 Dec 2010 07:04

Repository Staff Only: item control page