Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan Pelajar Tahun Empat SPH, Universiti Teknologi Malaysia.

Buntat , Yahya and Mat Nasir, Noor Sharliana (2010) Faktor-Faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan Pelajar Tahun Empat SPH, Universiti Teknologi Malaysia. Faktor-Faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan Pelajar Tahun Empat SPH, Universiti Teknologi Malaysia. . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
53kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti dan melihat tahap kreativiti pelajar. Seramai 71 orang pelajar tahun empat SPH dari Fakulti Pendidikan, UTM telah menjadi responden untuk kajian ini. Data kajian diperolehi melalui borang soal selidik dan soalan Ujian Personaliti Kreatif. Nilai Alpha Cronbach ialah 0.876. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 15.0 untuk mengira kolerasi, min, frekuansi serta peratusan. Dapatan kajian menunjukkan kesemua faktor yang dikaji iaitu faktor ilmu pengetahuan, gaya berfikir, personaliti, motivasi dan keadaan persekitaran mendorong kreativiti pelajar. Faktor utama yang mendorong kreativiti pelajar ialah faktor ilmu pengetahuan dengan nilai min 4.32. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara keadaan persekitaran dan kreativiti dengan nilai signifikan 0.000. Hasil kajian juga menunjukkan seramai 2 orang pelajar berada pada tahap sangat kreatif, 46 orang berada pada tahap kreatif dan 23 orang berada pada tahap sederhana kreatif. Beberapa cadangan telah dibuat bagi pihak yang berkenaan supaya dapat mengambil tindakan untuk meningkatkan lagi tahap kreativiti di kalangan pelajar-pelajar universiti amnya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, mendorong kreativiti, pelajar tahun 4SPH
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11470
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Dec 2010 07:01
Last Modified:16 Dec 2010 07:01

Repository Staff Only: item control page