Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Perlaksanaan Amalan Pengajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah Di Daerah Johor Bharu

Ibrahim, Mohd Ali and Kasim, Noridah (2010) Tahap Perlaksanaan Amalan Pengajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah Di Daerah Johor Bharu. Tahap Perlaksanaan Amalan Pengajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah Di Daerah Johor Bharu . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
70kB

Abstract

Perlaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah laksanakan sejak tahun 2003 hingga kini . Namun sejauhmana tahap perlaksanaannya di sekolah masih menjadi persoalan. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan amalan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Kajian ini melibatkan 270 orang pelajar dari lapan buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru. Alat Kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 31 item. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah ? .81. Hasil dapatan data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan Kajian ini menunjukkan min perlaksanaan amalan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris ialah 2.54. Ini menunjukkan perlaksanaannya berada pada tahap tinggi. Perlaksanaan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris antara sekolah bandar dengan luar bandar tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara perlaksanaan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris dengan persepsi murid terhadap guru, terdapat hubungan yang signifikan antara perlaksanaan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris dengan sikap pelajar terhadap matapelajaran Sains. Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara perlaksanaan Sains dalam Bahasa Inggeris dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengajaran Sains dan Matematik, Bahasa Inggeris
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
P Language and Literature > PE English
Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:11461
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2010 14:56
Last Modified:19 Oct 2017 03:45

Repository Staff Only: item control page