Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Dan Penilaian Panduan Pengajaran Menggunakan Pendekatan Penyelesaian Masalah Bagi Mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan

Ismail, Sarimah and Sarip @Sharif, Norhayati (2010) Pembinaan Dan Penilaian Panduan Pengajaran Menggunakan Pendekatan Penyelesaian Masalah Bagi Mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan. Pembinaan Dan Penilaian Panduan Pengajaran Menggunakan Pendekatan Penyelesaian Masalah Bagi Mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
36kB

Abstract

Panduan Pengajaran ialah bahan rujukan dan panduan untuk memudahkan pengajaran. Kajian ini mengaplikasi rekabentuk kajian deskriptif tinjauan bagi menilai keberkesanan tiga Panduan Pengajaran yang dibina bertajuk Pengenalan Pendekatan Penyelesaian Masalah bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan, Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah dalam Pengajaran Hidangan Barat dan Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah dalam Pengajaran Hidangan Melayu. Seramai lapan belas orang pensyarah yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan telah terlibat dalam penilaian bagi tiga Panduan Pengajaran yang dibina. Borang soal selidik yang digunakan sebagai instrumen kajian terdiri daripada bahagian A yang mengandungi item berhubung latar belakang responden dan bahagian B mengandung 20 item yang berhubung dengan pembolehubah kesesuaian struktur ayat, isi kandungan mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan, format, ilustrasi dan aplikasi pendekatan Penyelesaian Masalah. Data – data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min dan nilai signifikan bagi ujian- T. Hasil kajian menunjukkan ketiga – tiga Panduan Pengajaran yang dibina adalah amat sesuai digunakan sebagai bahan rujukan untuk membantu pensyarah dalam pengajaran mereka bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengalaman mengajar penilai terhadap aspek dinilai iaitu kesesuaian struktur ayat, isi kandungan, aplikasi penggunaan pendekatan penyelesaian masalah, ilustrasi dan format bagi ketiga – tiga Panduan Pengajaran tersebut.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Panduan Pengajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11460
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2010 14:53
Last Modified:19 Oct 2017 03:43

Repository Staff Only: item control page