Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Dalam Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Dan Bukan Sains

Sulaiman , Seth and Mahat, Naslina (2010) Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Dalam Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Dan Bukan Sains. Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Dalam Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Dan Bukan Sains . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
112kB

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar aliran sains dan bukan sains dalam mata pelajaran Matematik terhadap kemahiran mentafsir maklumat, kemahiran membuat inferens dan kemahiran menganalisis. Seramai 123 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat telah dipilih daripada sebuah sekolah menengah harian di daerah Skudai, Johor. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Penilaian Status Kemahiran Saintifik (UPSKS) yang mengandungi 22 soalan objektif berkaitan dengan konsep Matematik. Statistik yang digunakan ialah statistic deskriptif iaitu min peratus dan statistik inferensi iaitu ujian-t. Nilai kebolehpercayaan alat kajian in ialah (?) = .81. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian bagi keseluruhan kemahiran yang dikaji adalah baik (79.08%). Berdasarkan kajian ini juga, tahap pencapaian adalah baik bagi kemahiran mentafsir maklumat (87.80%) dan kemahiran membuat inferens (86.99%) manakala tahap pencapaian sederhana (69.67%) bagi kemahiran menganalisis. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga kemahiran proses sains yang dikaji merentas aliran. Ini menunjukkan pelajar aliran sains mempunyai tahap pencapaian kemahiran proses sains yang lebih baik berbanding pelajar bukan sains. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketigatiga kemahiran tersebut merentas jantina di mana menunjukkan bahawa tahap pencapaian kemahiran proses sains pelajar lelaki dan perempuan adalah sama.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap pencapaian kemahiran proses sains, matapelajaran matematik, pelajar aliran sains, bukan sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11442
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2010 07:17
Last Modified:15 Dec 2010 07:17

Repository Staff Only: item control page