Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Staf Bank Terhadap Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Salamon , Hussin and Abdul Aziz, Niswah (2010) Persepsi Staf Bank Terhadap Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu). Persepsi Staf Bank Terhadap Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
130kB

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi staf bank terhadap penglibatan orang bukan Islam dalam sistem pajak gadai Islam (ar-Rahnu). Seramai 20 responden telah dipilih secara persampelan seluruh populasi yang terdiri daripada staf Bank Rakyat Taman Universiti, Skudai, Johor. Set soal selidik mengandungi 44 item berkaitan dengan latar belakang responden serta tiga persoalan kajian iaitu untuk mengkaji faktor penglibatan orang bukan Islam dalam skim ar-Rahnu, mengenalpasti faktor penghalang masyarakat bukan Islam menyertai skim ar-Rahnu dan untuk mengenalpasti langkahlangkah untuk mengembangkan skim ar-Rahnu kepada masyarakat bukan Islam. Hasil dapatan dianalisis secara deskriptif untuk mengetahui nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian “Statistical Package For The Social Sciences” (SPSS) versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan yang diperoleh adalah ?= 0.888. Secara keseluruhan staf memberikan persepsi yang positif terhadap setiap persoalan di atas dengan nilai min tinggi bagi persoalan pertama iaitu 4.22, diikuti dengan 3.85 bagi persoalan kedua dan 4.14 bagi persoalan kajian ketiga. Kajian mencadangkan agar skop kajian diperluas kepada masyarakat bukan Islam yang melanggan skim ar-Rahnu.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:staf bank, bukan Islam, Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11441
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2010 07:15
Last Modified:15 Dec 2010 07:15

Repository Staff Only: item control page