Hassan , Zainudin and Jaafar, Muhamad Azam (2010) Penggunaan Komputer Dan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Penggunaan Komputer Dan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Mas, Kelantan . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
61kB |
Official URL: https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=sites&srcid...
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap penggunaan komputer dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah di daerah Pasir Mas, Kelantan. Soal selidik digunakan ke atas 80 orang guru dari sekolah menengah dalam daerah Pasir Mas Kelantan. Analisis data dibuat dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) versi 14. Nilai min dan peratusan diguna untuk menjelaskan profil responden. Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan di antara jantina dalam masalah penggunaan komputer. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan komputer dan internet di kalangan guru adalah tinggi. Perisian yang sering digunakan ialah ‘Microsoft Office Word’ dan ‘Microsoft Office Power Point’. Manakala berkaitan dengan masalah penggunaan komputer pula dapatan yang diperolehi juga adalah tinggi . Manakala ujian –t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina. Disarankan guru-guru , pihak pengurusan pendidikan dan pentadbiran sekolah mengambil langkah proaktif terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah agar dapat meningkatkan mutu pendidikan di masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | komputer, internet, pengajaran dan pembelajaran, guru sekolah menengah |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11440 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 15 Dec 2010 07:14 |
Last Modified: | 23 Feb 2017 08:49 |
Repository Staff Only: item control page