Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepuasan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik Dan Jentera) Terhadap Kemudahan Bengkel Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Ismail , Sarimah and Awang, Mohd Zahari (2010) Kepuasan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik Dan Jentera) Terhadap Kemudahan Bengkel Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kepuasan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik Dan Jentera) Terhadap Kemudahan Bengkel Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
64kB

Abstract

Kemudahan bengkel yang baik dapat memberikan kepuasan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peralatan bengkel, ruang bengkel, pengudaraan dan keselamatan di bengkel perlu diambil kira untuk menghasilkan sebuah bengkel sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan. Responden terdiri daripada 121 orang pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Jentera) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science Windows) versi 12.0 dan dinyatakan dalam bentuk peratusan dan min. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel berada pada tahap sederhana. Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan kepuasan pelajar dalam penggunaan bengkel. Cadangan terperinci diterangkan dalam bab akhir kajian ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kepuasan pelajar, kemudahan bengkel
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11436
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2010 07:07
Last Modified:15 Dec 2010 07:07

Repository Staff Only: item control page