Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran Menggraf Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Kamaruddin , Meor Ibrahim and Mohamad Romli, Noor Hidayah (2010) Kemahiran Menggraf Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kemahiran Menggraf Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
59kB

Abstract

Kemahiran menggraf adalah sebahagian daripada sains yang tidak dapat dipisahkan. Melukis dan mentafsir graf merupakan komponen yang perlu dalam membuat laporan eksperimen. Pelajar perlu menguasai kemahiran melukis dan mentafsir graf untuk berkomunikasi secara cepat dan tepat. Tujuan kajian ini untuk mengkaji kemahiran menggraf pelajar tahun akhir aliran sains fakulti pendidikan di dalam aspek melukis graf dan mentafsir graf. Seramai 85 orang pelajar tahun akhir pendidikan kimia dan sains di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terlibat dalam kajian ini. Test of Graphing in Science (TOGS), versi 3.0 telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini untuk mengenal pasti kemahiran asas dalam menggraf iaitu melukis dan mentafsir graf pelajar. Data yang dipungut telah dinalisis menggunakan Statistical Packages for The Social Science (SPSS), versi 11.5. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data iaitu dalam bentuk peratusan. Secara keseluruhannya kajian menunjukkan bahawa kemahiran asas di dalam melukis graf dan mentafsir graf dikategorikan sebagai sederhana. Beberapa implikasi dan cadangan dikemukakan dalam laporan ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran menggraf
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11435
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Dec 2010 07:06
Last Modified:15 Dec 2010 07:06

Repository Staff Only: item control page