Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Guru Pelatih 3spm Dan 3spt, UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar Bagi Sesi 2007/2008

Ahmad Zanzali, Noor Azlan and Datim, Norazwana (2010) Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Guru Pelatih 3spm Dan 3spt, UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar Bagi Sesi 2007/2008. Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Guru Pelatih 3spm Dan 3spt, UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar Bagi Sesi 2007/2008 . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
551kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh guru pelatih 3SPM dan 3SPT semasa latihan mengajar bagi semester 1, sesi 2007/2008. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertumpu kepada empat aspek utama iaitu kesediaan diri guru pelatih, penyediaan Rancangan Mengajar, penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM), dan kerjasama daripada pihak sekolah. Seramai 49 orang pelajar daripada kursus 3SPM dan 3SPT dipilih sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang disediakan mengikut skala Likert dan sesi temubual. Data-data dalam kajian ini telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 13.0 for Windows) berdasarkan kaedah peratusan, kekerapan dan min. Hasil kajian menunjukkan kesediaan diri guru pelatih, penyediaan Rancangan Mengajar, penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM), dan kerjasama daripada pihak sekolah berada pada tahap tinggi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:masalah, guru pelatih, latihan mengajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11427
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Dec 2010 14:38
Last Modified:03 Oct 2017 04:52

Repository Staff Only: item control page