Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Ejen Takaful Terhadap Penyertaan Masyarakat Melayu Dalam Takaful Hayat

Salamon , Hussin and Mat Saad, Maisaroh (2010) Persepsi Ejen Takaful Terhadap Penyertaan Masyarakat Melayu Dalam Takaful Hayat. Persepsi Ejen Takaful Terhadap Penyertaan Masyarakat Melayu Dalam Takaful Hayat . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
169kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi ejen takaful terhadap faktor-faktor yang mendorong dan faktor-faktor yang menghalang penyertaan serta langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan masyarakat Melayu dalam Takaful Hayat. Seramai 21 orang ejen takaful dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B manakala respon dinilai berdasarkan lima skala Likert. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows version 14.0 secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item yang digunakan. Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ? = 0.861. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji iaitu faktor-faktor yang mendorong penyertaan masyarakat Melayu dalam Takaful Hayat iaitu dengan nilai min yang tinggi, 4.02 dan persepsi mereka terhadap faktor-faktor yang menghalang penyertaan masyarakat Melayu dalam Takaful Hayat juga tinggi dengan min 3.74. Manakala persepsi mereka terhadap langkah-langkah bagi meningkatkan penyertaan masyarakat Melayu pula adalah tinggi iaitu dengan nilai min 4.36. Sebagai maklum balas kepada kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat Melayu dalam Takaful Hayat dan langkah-langkah yang perlu dilakukan. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi ejen Takaful, penyertaan masyarakat Melayu, Takaful Hayat
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11408
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Dec 2010 05:09
Last Modified:14 Dec 2010 05:09

Repository Staff Only: item control page