Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Modul Program Pembangunan Kepimpinan Pelajar Tahun Satu, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Hushin , Hassan and Mohd Nor, Mohammad Rudzuan (2010) Pembinaan Modul Program Pembangunan Kepimpinan Pelajar Tahun Satu, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Pembinaan Modul Program Pembangunan Kepimpinan Pelajar Tahun Satu, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
30kB

Official URL: https://www.academia.edu/3019674/Pembinaan_Modul_P...

Abstract

Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan Kepimpinan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan kepada cadangan daripada kajian yang telah dijalankan bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). Modul ini dibina mengikut Model Drum (1981) yang memberi penekanan kepada tiga unsur untuk membangunkan program yang berkualiti. Modul yang telah dibina ini telah disusun dalam unit-unit kecil, unit pertama akan mendedahkan pelajar berkaitan dengan kepimpinan, unit kedua akan membantu pelajar mempertingkatkan amalan berkomunikasi sesama pelajar dan unit ketiga akan membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM bagi menangani masalah pelajar pada peringkat awal untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus dan gaya pembelajaran di universiti melalui Program Pembangunan Kepimpinan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:modul program pembangunan kepimpinan pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11405
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Dec 2010 05:04
Last Modified:13 Mar 2017 07:28

Repository Staff Only: item control page