Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Laman Web Untuk Tajuk Graf Fungsi Ii Bagi Mata Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Lima Menggunakan Teori Pembelajaran Behaviorisme

Junaidi, Juhazren and Ahmad, Mohd Rashidi (2010) Pembangunan Laman Web Untuk Tajuk Graf Fungsi Ii Bagi Mata Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Lima Menggunakan Teori Pembelajaran Behaviorisme. Pembangunan Laman Web Untuk Tajuk Graf Fungsi Ii Bagi Mata Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Lima Menggunakan Teori Pembelajaran Behaviorisme . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
246kB

Abstract

Projek ini dijalankan bertujuan untuk membina laman web bagi tajuk Graf Fungsi II dalam mata pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Lima berdasarkan huraian sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengaplikasikan teori behaviorisme sebagai teori pembelajaran dalam laman web ini di bantu dengan pendekatan pembelajaran masteri. Kumpulan pelajar tingkatan lima adalah sasaran di samping guru yang mengajar tajuk ini. Laman web ini boleh digunakan sebagai bahan rujukan selain buku teks dan merupakan alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Proses pembangunan laman web ini berlandaskan model reka bentuk ADDIE. Microsoft Front Page digunakan sebagai perisian pengarangan dan disokong oleh beberapa perisian suntingan multimedia yang lain. Dengan pembangunan laman web ini, diharapkan ia dapat membantu pengguna dalam memahami dan menguasai tajuk ini

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web, teori behaviorisme
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11395
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Dec 2010 14:32
Last Modified:02 Oct 2017 00:58

Repository Staff Only: item control page