Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah.

Tasir , Zaidatun and Lim , Bee Yeok (2010) Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
153kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan masalah penggunaan komputer di kalangan guru di lima buah sekolah di sekitar bandar Alor Gajah, Melaka. Kajian ini juga mengenal pasti tujuan dan kekerapan penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan menunjukkan bahawa tujuan utama guru-guru menggunakan komputer adalah untuk melaksanakan tugasan sekolah. Dari segi kekerapan penggunaan pula, guru-guru dalam kajian ini adalah merupakan pengguna komputer yang sederhana. Untuk kajian ini, responden adalah sebanyak 202 orang yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar di lima buah sekolah menengah di sekitar bandar Alor Gajah. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan skala Likert empat mata. Data-data ini kemudiannya diproses menggunakan perisian “Statistical Packages for the Social Sciences 13.0” (SPSS). Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini ialah alfa-0.881. Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratusan serta min. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan komputer di kalangan guru adalah agak tinggi (min =2.91), sikap guru yang positif dalam penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran (min=3.10). Bagi pengenalpastian masalah dalam penggunaan komputer pula menunjukkan para guru yang terlibat dalam kajian tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka (min =2.36). Seterusnya hasil analisis Ujian T digunakan dan dapatan menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan antara konstruk masalah berdasarkan jantina dan memberi nilai signifikan 0.04 (p<0.05) pada aras keertian ? = 0.05. Tidak wujudnya perbezaan yang singnifikan mengikut jantina bagi konstruk pengetahuan dan sikap. Nilai signifikan bagi tahap pengetahuan(0.46) dan nilai signifikan bagi sikap (0.25) (p>0.05). Berpandukan hasil kajian, penyelidik telah mengutarakan beberapa cadangan bagi membantu pihak Kementerian Pelajaran dan sekolah khususnya mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru di sekolah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap pengetahuan, sikap, masalah, penggunaan komputer, guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11385
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Dec 2010 07:19
Last Modified:13 Dec 2010 07:19

Repository Staff Only: item control page