Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian Biasa

Yeo , Kee Jiar and Lim , Wai Wai (2010) Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian Biasa. Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Harian Biasa . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
146kB

Abstract

Kerja rumah telah menjadi komponen yang penting dalam persekolahan di Malaysia. Walaupun terdapat banyak laporan yang menyatakan bahawa amaun kerja rumah yang diterima oleh pelajar agak berlebihan, tetapi dari sudut lain, kerja rumah dianggap berfaedah kerana dapat menyumbang kepada pencapaian yang tinggi. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa responden dalam menyiapkan kerja rumah, jenis kerja rumah (latihan dan persediaan) dan cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah diberikan) dengan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan dua dari tiga buah sekolah menengah harian biasa yang dipilih secara rawak iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2. Satu set soal selidik terdiri daripada dua bahagian, iaitu Bahagian A mengenai latar belakang responden dan Bahagian B terdiri daripada 30 soalan yang berbentuk skala Likert digunakan sebagai instrumen kajian ini. Data daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages For Social Sciences 11 for Windows (SPSS 11 for Windows). Nilai kebolehpercayaan kajian ini ialah ? = 0.8561. Hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan yang signifikan tetapi lemah dengan pencapaian akademik terdapat dalam dua aspek: (1) antara peruntukan masa dalam kerja rumah Bahasa Inggeris dan Sejarah dengan pencapaian dalam subjek ini; (2) cara pengelolaan guru dalam kerja rumah Bahasa Inggeris (selepas kerja rumah diberikan) dengan pencapaiannya. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat korelasi yang signifikan dengan pencapaian akademik dalam tiga aspek: (1) peruntukan masa dalam kerja rumah Matematik; (2) kerja rumah jenis latihan dan persediaan dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah; (3) cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah diberikan) bagi Matematik dan Sejarah dan cara pengelolaan guru (selepas kerja rumah diberikan) bagi Bahasa Inggeris.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:hubungan kerja rumah, peruntukan masa, pencapaian akademik pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11381
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Dec 2010 07:13
Last Modified:13 Dec 2010 07:13

Repository Staff Only: item control page