Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang mendorong peniaga untuk berniaga di pasar malam di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor

Mukhari, Abd. Wahid and Lee, Ai Chu (2010) Faktor-faktor yang mendorong peniaga untuk berniaga di pasar malam di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Faktor-Faktor Yang Mendorong Peniaga Untuk Berniaga Di Pasar Malam Di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
94kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong peniaga untuk berniaga di pasar malam di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Seramai 92 orang peniaga yang berniaga di pasar malam Taman Ungku Tun Aminah dijadikan responden dalam kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik pada nilai Alpha Cronbach (α) 0.694. Faktor yang dikaji meliputi pengaruh keluarga, faktor pendapatan, pengalaman di sekolah dan pengalaman dalam menyertai kursus atau latihan. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS 12.0). Hasil analisis menunjukkan faktor pendapatan menjadi dorongan utama bagi peniaga untuk berniaga di pasar malam. Dapatan menunjukkan responden yakin bahawa bidang perniagaan ini dapat memberi pendapatan yang dapat menjamin kehidupan mereka. Ini diikuti dengan pengaruh keluarga. Manakala pengalaman di sekolah dan pengalaman dalam menghadiri kursus atau latihan kurang mendorong peniaga untuk berniaga di pasar malam.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, peniaga, pasar malam, Taman Ungku Tun Aminah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11380
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Dec 2010 07:11
Last Modified:26 May 2017 03:50

Repository Staff Only: item control page