Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan , UTM

Buntat , Yahya and Hassan, Khodijah (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan , UTM. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan , UTM . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
54Kb

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam membuat keputusan untuk menceburi bidang kerjaya sebagai profesion perguruan Antara faktor-faktor yang dikaji ialah Faktor minat, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan juga faktor ganjaran. Sampel kajian melibatkan pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Teknolgi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Jentera dan Kemahiran Hidup) yang berjumlah seramai 136 orang. Instrumen kajian adalah menggunakan soal selidik. Data yang telah diperolehi di analisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science) Version 14.00. Nilai Indeks kebolehpercayaan item dalam kajian rintis yang telah dijalankan ialah 0.88. Kajian ini mendapati bahawa faktor minat dan faktor ganjaran telah mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan kerjaya sebagai profesion perguruan. Manakala bagi faktor keluarga dan faktor rakan sebaya merupakan faktor yang sederhana dalam pengaruhnya terhadap pemilihan kerjaya sebagai profesion perguruan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi kajian selanjutnya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, pemilihan kerjaya perguruan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11378
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Dec 2010 07:10
Last Modified:13 Dec 2010 07:10

Repository Staff Only: item control page