Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan pengurusan perniagaan di kalangan pengusaha servis dan membaiki kereta di Kawasan Ulu Tiram, Johor

Mukhari , Abd. Wahid and Lee , Tsuey Ping (2010) Amalan pengurusan perniagaan di kalangan pengusaha servis dan membaiki kereta di Kawasan Ulu Tiram, Johor. - . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
57kB

Abstract

Amalan pengurusan perniagaan boleh dianggap sebagai aktiviti-aktiviti mengendalikan perniagaan dengan perancangan yang teliti dan teratur untuk menjayakan sesebuah perniagaan. Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti amalan pengurusan perniagaan di kalangan pengusaha servis dan membaiki kereta. Aspek-aspek yang dikaji adalah terdiri daripada amalan pengurusan pelanggan, amalan pengurusan kewangan, amalan pengurusan sumber manusia dan amalan pengurusan bengkel. Kajian ini telah dilakukan di kawasan Ulu Tiram, Johor. Seramai 20 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjayakan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah sistem temu bual yang berstruktur dengan menggunakan set soal-selidik. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dibuat analisis dengan menggunakan Microsoft Exel dan hasilnya dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan telah menunjukkan bahawa para responden yang telah mengamalkan amalan-amalan pengurusan perniagaan bagi aspek pengurusan pelanggan, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan bengkel dalam perniagaan servis dan membaiki kereta hanya pada tahap memuaskan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengurusan perniagaan, pengusaha servis dan membaiki kereta
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11375
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Dec 2010 07:04
Last Modified:27 Jul 2011 05:38

Repository Staff Only: item control page