Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Al-Dawamy, Aminuddin Ruskam and Ismail, Firdaus (2010) Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita. Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
223kB

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar di Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, tentang kejadian jenayah terhadap wanita. Fokus kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar serta kepekaan mereka mengikut bentuk-bentuk jenayah yang berlaku iaitu dari aspek jenayah kekerasan, jenayah emosi, jenayah seksual dan kesan-kesannya terhadap wanita. Populasi kajian ini adalah seramai 278 pelajar dari kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 83 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 40 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah ?= 0.763. Nilai min untuk mengetahui persepsi pelajar Kolej 9 tentang kejadian jenayah terhadap wanita ialah 4.18. Hasil dapatan yang menggambarkan tentang persepsi pelajar terhadap bentuk jenayah dari aspek jenayah kekerasan, menunjukkan purata min sebanyak 4.21. Nilai min bagi mengenalpasti persepsi pelajar dari aspek jenayah emosi pula ialah 3.80. Manakala untuk mengetahui persepsi pelajar dari aspek jenayah seksual, hasil kajian menunjukkan min ialah 4.40. Akhir sekali tahap pengetahuan pelajar tentang kesan terhadap jenayah yang berlaku dikalangan wanita pula ialah menunjukkan purata nilai min adalah 4.30. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa responden sememangnya peka terhadap jenayah yang berlaku mengikut bentuk-bentuk jenayah yang sering dihadapi oleh wanita. Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan bagi membanteras berlakunya jenayah kekerasan, jenayah tekanan emosi dan jenayah seksual yang berlaku terhadap wanita.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, jenayah terhadap wanita
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11358
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Dec 2010 14:42
Last Modified:28 Sep 2017 04:35

Repository Staff Only: item control page