Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Abdul Rahman, Mohd Anuar and Jaafar, Khamsawati (2010) Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang. Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
332kB

Abstract

Pentaksiran kerja kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dilaksanakan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran di bawah sistem baru penilaian pendidikan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang guru-guru KHB sekolah menengah dalam bandar di daerah Kuantan, Pahang yang telah dilantik sebagai pentaksir. Instrumen kajian adalah soal selidik yang dibina berpandukan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus KHB Kajian rintis telah dijalankan dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.89. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS versi 14.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Penganalisaan data turut menggunakan kaedah statistik inferensi ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guruguru KHB dalam melaksanakan kerja kursus KHB adalah tinggi manakala tahap kemahiran dan sikap guru pula adalah sederhana tinggi. Bentuk masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru KHB pula adalah berpunca dari diri guru sendiri yang tidak mempunyai masa mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan pelaksanaan pentaksiran kerja kursus telah menambah beban tugas mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap antara jantina dalam melaksanakan kerja kursus. Akhir sekali beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak yang terlibat untuk penambahbaikan dan memastikan keberkesanan pelaksanaan pentaksiran kerja kursus KHB.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11356
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Dec 2010 14:38
Last Modified:28 Sep 2017 04:32

Repository Staff Only: item control page