Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Sekolah Rendah Terhadap Imej Saintis

Arshad , Mohammad Yusof and Ahmad, Hussin (2010) Persepsi Pelajar Sekolah Rendah Terhadap Imej Saintis. Persepsi Pelajar Sekolah Rendah Terhadap Imej Saintis . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
63kB

Abstract

Kajian deskriptif ini dilaksanakan bagi tujuan mengenalpasti persepsi pelajar sekolah rendah di Malaysia terhadap imej saintis. Kajian ini melibatkan 507 orang pelajar yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun di empat buah sekolah rendah di sekitar Petaling Jaya, Selangor. Soal selidik terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu bahagian A mengenai demografi pelajar, bahagian B yang menggunakan instrument “Draw A-Scientist Test (DAST)“ untuk menilai persepsi pelajar melalui lukisan tangan. Bahagian C adalah mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap imej saintis. Perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 12.0 telah digunakan dalam menganalisa data yang diperolehi. Keputusan kajian menunjukkan pelajar sekolah rendah di Malaysia mempunyai persepsi stereotaip pada tahap sederhana terhadap imej saintis iaitu mereka menggambarkan saintis bersama simbol penyelidikan (57.8%), bekerja di makmal (53.1%), jantina lelaki (48.9%) dan berpakaian makmal (38.5%). Persepsi pelajar adalah rendah pada imej stereotaip seperti fesyen rambut (25%), unsur teknologi (19.5), catatan sains yang releven (16%), cermin mata (14%) dan simbol pengetahuan (0.8%). Persepsi ini dipengaruhi oleh perbezaan jantina, umur, sosio-ekonomi keluarga, pencapaian akedemik dan minat pelajar. Penyelidik telah mencadangkan beberapa cadangan dalam meningkatkan keberkesanan kajian ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, imej saintis
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11341
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Dec 2010 01:28
Last Modified:10 Dec 2010 01:28

Repository Staff Only: item control page