Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Membangunkan Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar (BBM) Yang Bertajuk Safety Rules And Apparatus In The Laboratory Bagi Matapelajaran Sains Tingkatan Satu

Jonid , Muslim and Hanapi, Hazwani (2010) Membangunkan Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar (BBM) Yang Bertajuk Safety Rules And Apparatus In The Laboratory Bagi Matapelajaran Sains Tingkatan Satu. Membangunkan Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar (BBM) Yang Bertajuk Safety Rules And Apparatus In The Laboratory Bagi Matapelajaran Sains Tingkatan Satu . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
130Kb

Abstract

Pada masa kini, penggunaan komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran subjek Sains sudah menjadi satu kemestian bagi para guru. Ini sejajar dengan cadangan Kementerian Pelajaran dimana dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menarik minat para pelajar mempelajari subjek Sains dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, perisian modul BBM berasaskan komputer ini telah dibangunkan berdasarkan subjek Sains Tingkatan Satu dalam bahasa Inggeris dimana tajuk yang dipilih adalah sub topik dalam bab Pengenalan Kepada Sains iaitu “ Peraturan Keselamatan Makmal dan Alat Radas Dalam Makmal.” Isi kandungan utama perisian ini adalah berkaitan dengan peraturan-peraturan keselamatan dalam makmal, pengenalan terhadap alat-alat radas dalam makmal dan cara mengendalikan beberapa alat-alat radas dalam makmal. Selain itu, perisian modul BBM ini juga dilengkapi dengan sesi penilaian formatif dan juga sumatif, glosari bagi membantu pelajar dan tentang sains secara amnya. Perisian modul BBM ini dibina berasaskan perisian utama iaitu Microsoft PowerPoint 2003 dengan gabungan perisian-perisian lain iaitu Adobe Photoshop CS, Sony Vegas 5.0, Ulead GIF Animator 5.0 dan Sony Sound Forge 7.0 menggunakan kesepaduan unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Secara keseluruhannya, diharapkan pembangunan perisian modul BBM ini mampu memberikan banyak manfaat kepada guru-guru sains dan seterusnya membantu guru ke arah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:modul perisisan, Bahan Bantu Mengajar (BBM), Safety Rules And Apparatus In The Laboratory, Sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11338
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Dec 2010 01:23
Last Modified:10 Dec 2010 01:23

Repository Staff Only: item control page