Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Membangunkan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar (Abm) Berasaskan Komputer Bertajuk ‘Variation’ Bagi Mata Pelajaran Biologi Tingkatan Lima

Jonid , Muslim and Ahmad Razali, Hazwani (2010) Membangunkan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar (Abm) Berasaskan Komputer Bertajuk ‘Variation’ Bagi Mata Pelajaran Biologi Tingkatan Lima. Membangunkan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar (Abm) Berasaskan Komputer Bertajuk ‘Variation’ Bagi Mata Pelajaran Biologi Tingkatan Lima . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
61Kb

Abstract

Pemesatan kemajuan teknologi pengkomputeran yang melanda dunia pendidikan Malaysia kini telah mencorak proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi satu yang menarik dan efektif. Saranan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pendidik terhadap penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) berasaskan komputer di sekolah terutamanya bagi subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah sangat proaktif dan kreatif. Maka, satu modul perisian ABM versi bahasa Inggeris yang bertajuk ‘Variation’, bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan 5 telah dibangunkan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perisian ABM yang dihasilkan ini bersifat mesra pengguna dan berorientasikan penggunaan elemen multimedia seperti grafik, teks, animasi, audio dan video yang bersesuaian untuk guru dan pelajar. Perisian ini menggunakan Microsoft Office PowerPoint 2003 sebagai perisian asas pembangunan serta menggunakan perisian sokongan seperti Adobe Photoshop CS, Sony Foundry Sound Forge 7.0, Sony Vegas Movie Studio 6.0, Ulead GIF Animator 5.0, Ulead Cool 3D dan Macromedia Flash MX. Kandungan yang terdapat dalam modul perisian ABM ini termasuk lesson, quiz, e-search, fun-zone dan gallery. Modul perisian ini dipakejkan ke dalam bentuk cakera padat sebagai fail mudah alih dan boleh dimainkan dalam komputer yang menggunakan MS-Windows. Oleh itu, dengan penghasilan perisian alat bantu mengajar ini, adalah diharapkan ia dapat membantu guru sebagai bahan sokongan yang menarik dalam menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang berkesan dan kondusif.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:modul perisisan, alat bantu mengajar (ABM), Variation, Biologi
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11337
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Dec 2010 01:22
Last Modified:10 Dec 2010 01:22

Repository Staff Only: item control page