Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua

Nordin, Aziz and Wee, Jenny Chin Siok (2010) Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua. Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
108kB

Abstract

Sikap dan penguasaan konsep asas sains merupakan satu perkara yang penting dalam pembelajaran sains yang berterusan. Kajian diskriptif ini bertujuan untuk mengukur tahap sikap terhadap sains di kalangan 107 orang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di kawasan Mukah, Sarawak. Kajian ini juga mengukur hubungan antara sikap dan penguasaan konsep asas sains di kalangan pelajar. Disamping itu, kajian ini juga melihat sama ada terdapat perbezaan sikap terhadap sains dan penguasaan konsep asas sains berdasarkan jantina. Aspek sikap yang dikaji adalah minat dan persepsi pelajar terhadap sains. Manakala, aspek konsep asas sains yang diuji adalah berdasarkan topik-topik yang telah dipelajari semasa Tingkatan Satu. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dengan kebolehpercayaan α = 0.918. Dua jenis statistik digunakan dalam kajian ini iaitu statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai manakala statistik inferensi menggunakan kolerasi Pearson dan ujian-t. Keputusan kajian mendapati bahawa pelajar Tingkatan Dua mempunyai minat (57.9%) dan persepsi (72.0%) yang tinggi terhadap sains (65.4%) dan tahap penguasaan konsep asas sains yang sederhana (43.9%). Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan persepsi dengan penguasaan konsep asas sains. Manakala, hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap dan tahap penguasaan konsep asas sains berdasarkan jantina.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:sikap, matapelajaran Sains, penguasaan konsep asas Sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11336
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Dec 2010 01:20
Last Modified:08 Jun 2017 08:28

Repository Staff Only: item control page