Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Kurang Berat Badan Di Empat Buah Tadika Kemas Di Skudai

Ismail , Sarimah and Daud, Ibrahim (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Kurang Berat Badan Di Empat Buah Tadika Kemas Di Skudai. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah Kurang Berat Badan Di Empat Buah Tadika Kemas Di Skudai . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
53kB

Abstract

Masalah kurang berat badan jarang dibincangkan dan diberi perhatian oleh masyarakat Malaysia pada masa sekarang. Namun isu ini tidak boleh dipandangan ringan kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak ketika membesar. Oleh itu kajian dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya kurang berat badan pelajar tadika di empat buah tadika KEMAS di Skudai, Johor. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor pemakanan, gaya hidup dan sosioekonomi. Empat buah tadika KEMAS yang terlibat adalah Tadika KEMAS Taman Teratai, Tadika KEMAS Taman Sri Pulai, Tadika KEMAS Kemajuan 18 dan Tadika KEMAS Penyiaran 26 Taman Universiti. Seramai 67 orang responden terlibat dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada ibu pelajar tadika yang mengalami masalah kurang berat badan. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian, A, B, dan C. Data yang dikumpulkan dianalisis secara kuantitatif menggunakan perisian SPSS ( Statistical Package for the Social Science) versi 11.0 bagi mendapat kekerapan, peratus dan min. Daripada tiga persoalan kajian yang dikemukakan didapati faktor pemakanan lebih mempengaruhi kurang berat badan pelajar tadika berbanding dengan faktor gaya hidup dan sosioekonomi. Bagi kajian akan datang disarankan pengkaji mengambil kira faktor pengetahuan ibubapa serta menjalankan kajian pada sampel yang lebih besar dan kajian dilakukan di kawasan pendalaman.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, masalah kurang berat badan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11335
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Dec 2010 01:19
Last Modified:10 Dec 2010 01:19

Repository Staff Only: item control page