Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Di Fakulti Kejuruteraan Awam UITM, Sarawak

Abu Bakar, Zainudin and Abang Madni, Dayang Rozina (2010) Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Di Fakulti Kejuruteraan Awam UITM, Sarawak. Penggunaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Di Fakulti Kejuruteraan Awam UITM, Sarawak . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
110kB

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Terdapat tiga persoalan kajian yang dikaji iaitu faktor sikap, faktor rakan sebaya dan faktor ibu bapa yang mempengaruhi penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Seramai 243 orang terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Sarawak. Satu set soal selidik yang mengandungi 32 item telah dikemukakan kepada responden. Kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik pada nilai Alpha Cronbach (?) 0.8377. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS). Penganalisaan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa faktor sikap, rakan sebaya dan ibu bapa berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi penguasaan bahasa Inggeris. Di akhir kajian ini juga disertakan beberapa cadangan sebagai panduan dan tindakan lanjutan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penggunaan bahasa Inggeris
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11331
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Dec 2010 14:41
Last Modified:28 Sep 2017 01:53

Repository Staff Only: item control page