Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Belia Melayu Di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor Memilih Sektor Pertanian Sebagai Satu Kerjaya

Buntat, Yahya and Osman, Asadul Khair (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Belia Melayu Di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor Memilih Sektor Pertanian Sebagai Satu Kerjaya. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Belia Melayu Di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor Memilih Sektor Pertanian Sebagai Satu Kerjaya . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
64kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi belia melayu terhadap pemilihan sektor pertanian sebagai satu kerjaya. Bagi menjalankan kajian ini, seramai 60 orang belia melayu berusia antara 15 hingga 40 tahun di FELDA Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim telah menjadi subjek kajian. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti pengaruh minat, ganjaran, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga dan rakan sebaya dalam pemilihan sektor pertanian sebagai kerjaya. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang digunakan untuk mengumpulkan data dan dibentangkan dalam bentuk peratus dan min berdasarkan lima aspek iaitu pengaruh minat, ganjaran, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga dan rakan sebaya. Nilai kebolehpercayaan Alpha ialah 0.776. Semua data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan program Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 13.0 untuk memperolehi frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian mendapati pengaruh ganjaran dalam menjadikan sektor pertanian sebagai pilihan kerjaya mencatatkan purata min yang tertinggi iaitu 3.78. Pengaruh minat dan latar belakang pendidikan juga mencatatkan pengaruh yang tinggi. Namun begitu pengaruh yang sederhana dicatatkan keatas pengaruh latar belakang keluarga dan rakan sebaya. Diakhir kajian, penyelidik telah mengekemukakan beberapa cadangan yang boleh diteliti oleh pihak tertentu agar dapat memberikan persepsi yang positif kepada belia Melayu untuk menjadikan sektor pertanian sebagai kerjaya. Katakunci: belia, sektor pertanian, kerjaya

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:belia, sektor pertanian, kerjaya
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11328
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Dec 2010 14:01
Last Modified:09 Dec 2010 14:01

Repository Staff Only: item control page