Idris , Abdul Razak and Yusoff, Hafiza Akmal (2010) Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Koswer Matematik Akses Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Daerah Johor Bahru, Johor. Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Koswer Matematik Akses Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Daerah Johor Bahru, Johor . pp. 1-10. (Unpublished)
|
PDF
116kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesediaan pelajar terhadap penggunaan koswer Matematik akses kendiri. Tiga aspek untuk menilai kesediaan pelajar dikaji dari segi kemampuan/kemahiran pelajar menggunakan koswer, sikap pelajar terhadap penggunaannya dan faktor yang mempengaruhi penggunaannya. Sampel kajian terdiri daripada 190 pelajar tingkatan 5 dari Sek. Men. Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru. Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang berasaskan Skala Likert. Nilai kebolehpercayaan soal selidik mengikut Alpha Cronbach adalah 0.979. Data yang diperoleh diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 15.0 untuk mencari kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian ini menunjukkan kesediaan pelajar terhadap penggunaan koswer Matematik akses kendiri berada pada tahap sederhana dengan kemahiran pelajar menggunakan koswer (min 3.61), sikap pelajar terhadap penggunaannya (min 3.66) dan faktor-faktor utama yang mempengaruhinya adalah kandungan koswer (min 3.49), proses pembelajaran (min 3.53) dan persekitaran pembelajaran (min 3.65). Penyelidik mengemukakan beberapa cadangan bagi menggalakkan pelajar meningkatkan pembelajaran melalui penggunaan koswer.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kesediaan pelajar, koswer Matematik akses kendiri |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11318 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 09 Dec 2010 04:34 |
Last Modified: | 09 Dec 2010 04:34 |
Repository Staff Only: item control page