Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik

Noordin , Shaharom and Misbah, Hanizah (2010) Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik. Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
126kB

Abstract

Tahap kefahaman pelajar dalam Kemahiran Proses Sains telah menjadi minat banyak penyelidik. Dalam konteks kajian ini, tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I dikaji. Seramai 41 orang pelajar yang terdiri daripada 12 lelaki dan 29 perempuan yang merupakan pelajar tahun dua Pendidikan Fizik di Univesiti Teknologi Malaysia, Skudai terlibat dalam kajian ini. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah tahap kefahaman pelajar. Pembolehubah yang dimalarkan ialah pengkhususan Fizik dan tahun pengajian. Jantina dan program pengajian pula merupakan pembolehubah bebas. Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen yang mengandungi 40 item berbentuk aneka pilihan adalah alat kajian yang digunakan dengan kebolehpercayaan, α = .93. Soalan Jawapan-terbuka Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen juga digunakan sebagai maklumat tambahan bagi dapatan kajian. Statistik analisis deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim digunakan untuk mengukur tahap kefahaman pelajar. Secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepas menjalani kursus dengan masing-masing adalah baik. Terdapat perbezaan tahap kefahaman merentas jantina sebelum mengikuti kursus dengan masing-masing adalah sederhana bagi lelaki dan baik bagi perempuan, sementara tahap kefahaman kedua-dua jantina selepas mengikuti kursus adalah baik. Tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman merentas program pengajian sebelum dan selepas mengikuti kursus. Pelajar kedua-dua program pengajian masing-masing menunjukkan tahap kefahaman yang baik. Secara keseluruhannya, tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen pelajar adalah sama sebelum dan selepas menjalani kursus Pendidikan Amali Fizik I. Kesimpulannya, kursus Pendidikan Amali Fizik I kurang membantu dalam meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap Kemahiran Proses Sains. Justeru, usaha-usaha untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar perlu dilaksanakan bagi melahirkan individu yang cemerlang dan berkualiti dalam bidang sains dan teknologi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kefahaman pelajar, Kemahiran proses Sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11317
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Dec 2010 04:32
Last Modified:07 Jun 2017 03:17

Repository Staff Only: item control page