Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Tingkatan Lima Terhadap Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Menengah Teknik Di Johor Bahru

Royo , Mohamad Abdillah and Aeng, Hazel Michelle (2010) Persepsi Pelajar Tingkatan Lima Terhadap Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Menengah Teknik Di Johor Bahru. Persepsi Pelajar Tingkatan Lima Terhadap Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Menengah Teknik Di Johor Bahru . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
62kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar tingkatan lima terhadap perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam dalam bahasa Inggeris di tiga buah sekolah menengah teknik Johor Bahru. Kajian telah dijalankan ke atas 175 orang responden yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan lima Kejuruteraan Awam. Instrumen kajian yang digunakan adalah set borang soal selidik yang dibagikan kepada dua bahagian di mana bahagian A mengandungi maklumat latar belakang responden dan bahagian B mengandungi 35 item soalan kajian. Soal selidik ini telah menggunakan Model Alpha Cronbach bagi menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai alpha yang diperolehi bagi semua item adalah 0.84. Dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Pakages For The Social Sciences (SPSS)’ V12 Full Version untuk mendapatkan frekuensi, peratus dan min. Dengan menggunakan skala lima mata, purata taburan min digunakan untuk mendapatkan keputusan yang dikelaskan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Hasil kajian mendapati min bagi keempat-empat persoalan kajian berada pada tahap sederhana dimana kaedah pengajaran guru memperolehi nilai min sebanyak 2.74, penggunaan bahan bantu mengajar sebanyak 2.84, minat pelajar sebanyak 2.83 dan penggunaan bahasa Inggeris oleh guru sebanyak 2.89. Justeru beberapa langkah perlu diambil beberapa pihak bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran matapejaran ini dalam Bahasa Inggeris. Antaranya adalah mempelbagaikan kaedah pengajaran, menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan, mendorong minat pelajar dalam pembelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam dalam bahasa Inggeris serta meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, pengajaran dan pembelajaran, pengajian kejuruteraan awam, Bahasa Inggeris
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11316
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Dec 2010 04:30
Last Modified:09 Dec 2010 04:30

Repository Staff Only: item control page