Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Guru Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Mohamed , Mohini and Ahmad, Fauziah (2010) Persepsi Guru Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Persepsi Guru Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
117kB

Abstract

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi guru-guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris, minat dan keyakinan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Seramai 236 orang sampel dari empat buah institusi pendidikan awam (UTM, UPM, UiTM dan UPSI) telah dipilih untuk dijadikan responden. Data-data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science 11.5 (SPSS). Analisis deskriptif digunakan untuk menguji kekerapan, min dan peratusan. Manakala analisis inferensi digunakan untuk pengujian hipotesis. Hipotesis diuji dengan menggunakan perbandingan min Ujian-T dan analisis varian (ANOVA) pada aras signifikan 0.05 sebagai panduan bagi penerimaan atau penolakan sesuatu hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris, minat dan keyakinan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang sederhana. Dapatan kajian juga mendapati ada hubungan yang signifikan antara gred pencapaian Bahasa Inggeris SPM dengan tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris tetapi tiada perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan minat dan tahap keyakinan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi guru, program khas pensiswazahan guru, pengajaran dan pembelajaran, sains dan matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11315
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Dec 2010 04:28
Last Modified:20 Feb 2017 08:40

Repository Staff Only: item control page