Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Penguasaan Konsep Fizik Dengan Minat Dan Kemahiran Belajar Dalam Kalangan Pelajar Fizik Di Universiti Teknologi Malaysia

Ibrahim , Mohd Ali and Buang, Hasimah (2010) Hubungan Penguasaan Konsep Fizik Dengan Minat Dan Kemahiran Belajar Dalam Kalangan Pelajar Fizik Di Universiti Teknologi Malaysia. Hubungan Penguasaan Konsep Fizik Dengan Minat Dan Kemahiran Belajar Dalam Kalangan Pelajar Fizik Di Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
85kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan penguasaan konsep Fizik dengan minat dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar Fizik Bahan dan Pendidikan Fizik. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 139 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Malaysia program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) dan program Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan). Alat kajian yang digunakan ialah set borang soal selidik yang mengandungi 21 item soalan menggunakan Skala Likert dan 14 soalan ujian penguasaan konsep Fizik. Nilai pekali kebolehpercayaan soal selidik yang diperoleh ialah ? = .86. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara minat dengan amalan teknik belajar (r= 0.57,) dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan tahap penguasaan konsep fizik (r=0.14). Kajian juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan dalam tahap penguasaan konsep Fizik antara pelajar berdasarkan purata nilai gred keseluruhan,(PNGK), (p=0.042) dan program pengajian,(p=0.008). Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran belajar bagi kedua-dua jenis kumpulan sama ada berdasarkan PNGK (p=0.05) atau berdasarkan program pengajian (p=0.054).

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penguasaan konsep fizik, minat dan kemahiran belajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11313
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Dec 2010 04:23
Last Modified:09 Dec 2010 04:23

Repository Staff Only: item control page