Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tahun Tiga UTM Skudai, Johor.

Sihes , Ahmad Johari and Abdullah, Hanisah (2010) Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tahun Tiga UTM Skudai, Johor. Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tahun Tiga UTM Skudai, Johor. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
47kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar Tahun Tiga di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Gaya pembelajaran yang dikaji adalah Gaya Pembelajaran Kolb iaitu Akomodator, Diverger, Konverger dan Asimilator. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah gaya pembelajaran pelajar berasaskan Gaya Pembelajaran Kolb. Sementara pembolehubah bebas yang dikenalpasti adalah kaum, jantina dan fakulti. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang melibatkan 178 orang responden dari Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Awam. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif melibatkan kajian kolerasi iaitu melihat hubungan antara satu faktor dengan faktor yang lain menggunakan ujian statistic kolerasi. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS ( Statistical Packages for Social Sciences) Version 13.0 fo Windows bagi mendapatkan jumlah peratus dan kekerapan. Kajian rintis telah dijalankan dan didapati nilai Cronbach-Alpha adalah .836. Hasil kajian mendapati pola gaya pembelajaran Diverger (57.9%) adalah paling dominan diamalkan oleh responden dan dikuti oleh pola gaya pembelajaran Asimilator (25.3%), pola gaya Akomodator (8.4%) dan pola gaya pembelajaran Konverger (8.4%). Hasil kajian juga mendapati gaya pembelajaran tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Ia juga menunjukkan gaya pembelajaran tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan jantina, kaum dan fakulti.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gaya pembelajaran, pencapaian akademik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11312
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Dec 2010 04:21
Last Modified:09 Dec 2010 04:21

Repository Staff Only: item control page