Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Pelajar pelajar Aliran Vokasional Untuk Memilih Kerjaya Dalam Bidang Yang Dipelajari

Minghat, Asnul Dahar and Selamat, Kandar and Mohd. Rejab, Hartini (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Pelajar pelajar Aliran Vokasional Untuk Memilih Kerjaya Dalam Bidang Yang Dipelajari. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Pelajarpelajar Aliran Vokasional Untuk Memilih Kerjaya Dalam Bidang Yang Dipelajari . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
46kB

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengenalpasti samaada faktor minat, jangkaan pendapatan, kerja, dan ibu bapa serta rakan mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari. Sampel kajian ini melibatkan seramai 127 orang pelajar aliran vokasional yang mengikuti kursus Amalan Bengkel Mesin, Automotif, Binaan Bangunan, Elektrik, Elektronik, Kimpalan Fabrikasi Logam serta Penyejukan dan Penyamanan Udara. Tempat kajian ini dijalankan ialah di Sekolah Menengah Teknik Kluang, Johor. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik ialah 0.862. Data-data yang diperolehi dianalisis melalui komputer dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor jangkaan pendapatan merupakan faktor yang tertinggi sekali dengan nilai purata min 2.73 diikuti faktor minat dengan nilai purata min 2.55 dan faktor kerja dengan nilai purata min 2.54. Faktor ibu bapa serta rakan merupakan faktor yang terendah sekali dengan nilai purata min hanyalah 2.23. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dijalankan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor minat, jangkaan pendapatan, kerja, ibu bapa, aliran vokasional, memilih kerjaya
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11311
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Dec 2010 04:19
Last Modified:11 Feb 2017 03:39

Repository Staff Only: item control page