Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh sikap, minat, pengajaran guru dan rakan sebaya terhadap pencapaian matematik pelajar

Abu Bakar, Zainudin and Kamaruddin, Meor Ibrahim and Tan, May Yang (2010) Pengaruh sikap, minat, pengajaran guru dan rakan sebaya terhadap pencapaian matematik pelajar. Project Report. RMC, UTM Johor. (Submitted)

[img] Microsoft Word - Submitted Version
182kB

Abstract

Mata pelajaran matematik atau dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab menikmati kedudukan istimewa dalam pendidikan di Malaysia. Keadaan ini berlaku kerana matematik telah menjadi salah satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar dalam sistem persekolahan negara bermula daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan sebahagian pada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Laporan kajian ini merujuk kepada penilaian tentang pengaruh sikap, minat, pengajaran guru, dan rakan sebaya terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. Pengkajian tentang pengaruh ini dinilai sebagai kesinambungan daripada kajian-kajian terdahulu yang melihat pelbagai faktor serta hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam persekolahan mereka. Justeru kajian ini akan hanya memfokuskan kepada pencapaian pelajar dalam matematik di tingkatan empat. Pada bahagian pertama beberapa perbincangan tentang kajian-kajian dan laporan-laporan lepas dipaparkan dengan tujuan untuk melihat perkembangan semasa proses pembelajaran pelajar di sekolah. Melalui cara ini proses perbandingan dapat dilakukan. Seterusnya akan dikemukakan beberapa objektif dan persoalan kajian yang ingin dicapai. Penentuan objektif dan persoalan ini telah didapati menjadi panduan dan batasan kepada kajian yang dijalankan. Setelah itu perbincangan diteruskan dengan melaporkan pendekatan dan metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian ini. Ianya meliputi rekabentuk kajian, populasi dan responden kajian, instrumen yang digunakan, serta bagaimana data dianalisis dan dibincangkan. Selanjutnya, perbincangan difokuskan kepada laporan hasil kajian berupa data-data yang telah diperolehi. Pada bahagian akhir dapatan kajian dibincangkan dengan cara membanding dan menilai perkaitannya dengan kajian dan laporan-laporan yang lepas. Bahagian ini banyak tertumpu kepada menjelaskan bagaimana dan mengapa proses sedemikian terjadi. Beberapa cadangan dan usulan juga dikemukakan sama ada berkaitan dengan kajian yang dijalankan dan juga dapatan kajian yang diperolehi.

Item Type:Monograph (Project Report)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11310
Deposited By: Dr Zainudin Abu Bakar
Deposited On:16 Dec 2010 03:21
Last Modified:02 Oct 2017 03:46

Repository Staff Only: item control page