Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aktiviti Keusahawanan dikalangan Ibu Tunggal di Negeri Johor: Kajian Terhadap Faktor Penglibatan dan kejayaan Dalam Bidang Perniagaan

Md.Ali, Azlah and Md. Som, Hishamuddin and Bujang, Siti Mariam and Abu Bakar, Thuaibah @ Suaibah (2005) Aktiviti Keusahawanan dikalangan Ibu Tunggal di Negeri Johor: Kajian Terhadap Faktor Penglibatan dan kejayaan Dalam Bidang Perniagaan. Jurnal Kemanusiaan . pp. 53-75. ISSN 1675 - 1930

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.management.utm.my/download/jurnal-keman...

Abstract

Bidang keusahawanan merupakan suatu bidang yang mencabar tetapi menguntungkan darisegi pendapatan. Jika dahulu bidang ini lebih banyak dipelopori oleh kaum lelaki berbandingdengan kaum wan ita, namun keadaan ini telah berubah selaras dengan perubahan arus zamanapabila lebih ramai kaum wanita mula menyahut cabaran dengan melibatkan diri dalam duniaperniagaan pada masa kini. Tidak ketinggalan golongan ibu tunggal juga turut mengejarpeluang yang ada dalam bidang keusahawanan ini. Ibu tunggal merupakan wan ita-wan itayang terpaksa hidup sendirian tanpa suami. Keadaan hidup yang bersendirian tanpa suamidan ditambah lagi dengan tanggungjawab untuk menyara keluarga menyebabkan merekaterpaksa mencari pekerjaan dan sesetengahnya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilanbagi memperolehi pendapatan. Dorongan dan motivasi ibu tunggal ini untuk memberanikandiri menceburi bidang perniagaan merupakan suatu perkara yang perlu dikagumi dan dipuji.Untuk itu satu kajian telah dibuat bagi mengkaji aktiviti keusahawanan di kalangan ibutunggal di negeri Johor. Aspek-aspek yang menjadi fokus kajian ialah melihat profilperniagaan ibu tunggal, faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan dan kejayaan ibutunggal dalam bidang perniagaan. Kajian ini melibatkan 75 orang ibu tunggal yang berdaftardengan Persatuan Ibu Tunggal Negeri Johor yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Hasildapatan kajian menunjukkan kebanyakan usahawan ibu tunggal menceburi bidangperusahaan makanandan minuman serta perusahaan yang berasaskan kain. Majoriti ibutunggal menyatakan bahawa penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan adalah sebagaipunca pendapatan selain faktor minat dan faktor kerja sampingan.

Item Type:Article
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:1131
Deposited By: Halimah Baki
Deposited On:25 Jul 2017 09:33
Last Modified:05 Oct 2017 03:43

Repository Staff Only: item control page