Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aktiviti Keusahawanan di Kalangan Ibu Tunggal di Negeri Johor : Kajian Terhadap Faktor Penglibatan dan Kejayaan Dalam Bidang Perniagaan

Md. Ali, Azlah and Md. Som, Hishamuddin and Bujang, Siti Mariam and Abu Bakar, Thuaibah @ Suaibah (2004) Aktiviti Keusahawanan di Kalangan Ibu Tunggal di Negeri Johor : Kajian Terhadap Faktor Penglibatan dan Kejayaan Dalam Bidang Perniagaan. Jurnal Kemanusiaan (4). pp. 53-75. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF - Published Version
1117Kb

Official URL: http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurna...

Abstract

Bidang keusahawanan merupakan suatu bidang yang mencabar tetapi menguntungkan dari segi pendapatan. Jika dahulu bidang ini lebih banyak dipelopori oleh kaum lelaki berbanding dengan kaum wan ita, namun keadaan ini telah berubah selaras dengan perubahan arus zaman apabila lebih ramai kaum wanita mula menyahut cabaran dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan pada masa kini. Tidak ketinggalan golongan ibu tunggal juga turut mengejar peluang yang ada dalam bidang keusahawanan ini. Ibu tunggal merupakan wan ita-wan ita yang terpaksa hidup sendirian tanpa suami. Keadaan hidup yang bersendirian tanpa suami dan ditambah lagi dengan tanggungjawab untuk menyara keluarga menyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan dan sesetengahnya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi memperolehi pendapatan. Dorongan dan motivasi ibu tunggal ini untuk memberanikan diri menceburi bidang perniagaan merupakan suatu perkara yang perlu dikagumi dan dipuji. Untuk itu satu kajian telah dibuat bagi mengkaji aktiviti keusahawanan di kalangan ibu tunggal di negeri Johor. Aspek-aspek yang menjadi fokus kajian ialah melihat profil perniagaan ibu tunggal, faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan dan kejayaan ibu tunggal dalam bidang perniagaan. Kajian ini melibatkan 75 orang ibu tunggal yang berdaftar dengan Persatuan Ibu Tunggal Negeri Johor yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Hasil dapatan kajian menunjukkan kebanyakan usahawan ibu tunggal menceburi bidang perusahaan makanandan minuman serta perusahaan yang berasaskan kain. Majoriti ibu tunggal menyatakan bahawa penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan adalah sebagai punca pendapatan selain faktor minat dan faktor kerja sampingan

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:entrepreneurship, single mother
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:1129
Deposited By: Ms Halimah Baki
Deposited On:27 Feb 2007 04:32
Last Modified:25 Aug 2010 03:20

Repository Staff Only: item control page