Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia

Abdul Rahman , Mohd Anuar and Shamsudin, Faezah (2010) Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia. Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
50kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap dan penguasaan kemahiran, persepsi terhadap penglibatan pensyarah serta rekabentuk dan isi kandungan e-pembelajaran di kalangan pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan UTM dalam e-pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti jenis masalah yang paling kerap dihadapi oleh pelajar dalam menggunakan e-pembelajaran. Seramai 150 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraaan UTM dipilih secara rawak dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS 16.0 For Windows). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sikap responden terhadap e-pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Namun begitu, responden mempunyai penguasaan kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan e-pembelajaran. Persepsi responden terhadap penglibatan pensyarah dalam e-pembelajaran serta rekabentuk dan isi kandungan e-pembelajaran pula berada di tahap sederhana. Selain itu, masalah yang paling kerap dihadapi dalam penggunaan e-pembelajaran adalah masalah rangkaian internet yang perlahan, ”server down”, virus dan kemudahan komputer/internet yang terhad. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap sikap responden mempunyai perbezaan yang signifikan dengan kekerapan penggunaan e-pembelajaran manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap sikap responden dengan jantina dan kursus. Selain itu, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran responden terhadap e-pembelajaran dengan kursus manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran responden dengan jantina dan kekerapan penggunaan e-pembelajaran. Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran dengan sikap responden terhadap e-pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:e-pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11282
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Dec 2010 04:51
Last Modified:08 Dec 2010 04:51

Repository Staff Only: item control page