Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan E-Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Abdul Rahman , Mohd Anuar and Ibrahim, Erda Yumiza (2010) Penggunaan E-Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penggunaan E-Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
38kB

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat perhubungan di antara penggunaan e-pembelajaran dengan pencapaian akademik dan perbezaan penggunaan e-pembelajaran berdasarkan jantina dan juga kursus. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data kajian dan dianalisis dengan bantuan Statistical Packages For Social Science (SPSS versi 12.0). Hasil kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan item dan nilai alpha yang diperolehi bagi soal selidik adalah 0.959. Responden kajian adalah seramai 130 orang pelajar. Dapatan kajian menunjukkan sikap pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran pada tahap sederhana manakala kemahiran mengakses pelajar adalah pada tahap tinggi. Hasil Ujian-t, mendapati tidak terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran yang signifikan berdasarkan jantina pelajar. Hasil ujian ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran yang signifikan berdasarkan kursus. Ujian korelasi membuktikan bahawa terdapat hubungan yang tinggi dan kuat di antara penggunaan e-pembelajaran dengan pencapaian akademik. Di akhir penulisan ini beberapa cadangan telah dikemukakan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:e-pembelajaran, pencapaian akademik pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11281
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Dec 2010 04:49
Last Modified:08 Dec 2010 04:49

Repository Staff Only: item control page