Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Elemen psikologi pengguna dalam pengiklanan

Mad Shah, Ishak (2004) Elemen psikologi pengguna dalam pengiklanan. Jurnal Kemanusiaan (4). pp. 45-52. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF - Published Version
573kB

Official URL: http://www.management.utm.my/download/jurnal-keman...

Abstract

Dalam kehidupan seharian, manusia tidak boleh ter/epas daripada pengaruh iklan. Media massa, sarna ada media cetak atau media eletronik, telah dan semakin banyak memperuntukkan ruang untuk pengiklanan. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat telah mendapati setiap hari manusia terdedah kepada lebih daripada 3,000 iklan yang dimuatkan dalam media massa dan 200 daripadanya ditayangkan di televisyen (Schultz, 1993). Iklan juga boleh dilihat dengan mudah di dinding-dinding kenderaan, kaset-kaset video, kain-kain pernidang dan sebagainya. Sesetengah bangunan dan pejabat meletakkan iklan di bilik rehat awam atau di pintu masuknya. Penggunaan iklan secara meluas ini adalah menggambarkan pengaruh psikologi pengguna, khususnya peranan pengiklanan terhadap pemasaran barangan industri. Pengaruh iklan ke atas pemasaran barangan ini telah menarik minat ramai ahli psikologi industri untuk melihatnya secara dekat. Ahli-ahli psikologi ingin mengetahui sejauhmana iklan mampu mempengaruhi tingkah Iaku dan mental pengguna semasa membeli. John B Watson Buckley (1989) adalah tokoh yang mula-mula memberi perhatian kepada tingkah laku manusia. Beliau menyatakan bahawa tingkah laku manusia boleh ditentukan. Pada awal abad ke-20, muncul seorang tokoh pengiklanan yang bertanggungjawab membicarakan applikasi pengiklanan dalam pemasaran barangan industri iaitu Walter Dill Scott (Scuhltz, 1993). Beliau menegaskan bahawa pengiklanan harus lebih memfokuskan kepada ciri-ciri gaya dan imej daripada ciri-ciri kandungan dan fakta sesuatu barangan sekiranya ingin mempengaruhi tingkah Iaku membeli pengguna. Kedua-dua tokoh di atas telah menyatakan bahawa tabiat manusia per/u dibiasakan terhadap sesuatu barangan, dan untuk berbuat demikian ia per/u diramal dan dikawal seperti tabiattabiat yang lain. Tokoh-tokoh tersebut menekankan bahawa elemen-elemen psikologi dalam . iklan adalah penting sebagai daya penarik kepada pengguna untuk membeli barangan yang dikeluarkan oleh industri.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:psychology, advertisment
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:1128
Deposited By: Ms Halimah Baki
Deposited On:27 Feb 2007 04:16
Last Modified:30 May 2017 06:23

Repository Staff Only: item control page