Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Laman Web Untuk Tajuk Solid Geometry Dalam Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Dengan Menggunakan Kaedah Animasi

Md. Salleh , Shaharuddin and Chong, Thye Jan (2010) Pembangunan Laman Web Untuk Tajuk Solid Geometry Dalam Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Dengan Menggunakan Kaedah Animasi. Pembangunan Laman Web Untuk Tajuk Solid Geometry Dalam Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Dengan Menggunakan Kaedah Animasi . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
118kB

Abstract

Pada masa kini, pembangunan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin meningkat terutamanya peranan web sebagai sumber mendapatkan maklumat dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan. Oleh demikian, pengkaji mengambil inisiatif untuk membangunkan laman web bagi tajuk Solid Geometry, Matematik KBSM di mana tiada lagi laman web yang khusus bagi tajuk ini. Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa penghantar dalam laman web ini. Rekabentuk laman web ini adalah berdasarkan Model Hannafin and Peck dan berasaskan pendekatan animasi. Isi pelajaran, latihan dan penilaian dalam laman web ini pula menerapkan prinsip teori pembelajaran behaviorisme dan teori pembelajaran konstruktivisme. Laman web ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX 2004 dan sokongan perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop CS. Diharapkan laman web yang dibangunkan dapat dijadikan sebagai sumber tambahan kepada pelajar sekolah menengah kebangsaan bagi mempelajari tajuk Solid Geometry dengan lebih mendalam.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web, Solid Geometry, Animasi
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11279
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Dec 2010 04:46
Last Modified:08 Dec 2010 04:46

Repository Staff Only: item control page