Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemahaman Konsep Pelajar Tingkatan Empat Dalam Topik Elektrokimia Di Daerah Skudai, Johor

Nordin , Aziz and Chong, Miaw Ngiik (2010) Pemahaman Konsep Pelajar Tingkatan Empat Dalam Topik Elektrokimia Di Daerah Skudai, Johor. Pemahaman Konsep Pelajar Tingkatan Empat Dalam Topik Elektrokimia Di Daerah Skudai, Johor . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
177kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau pemahaman konsep pelajar dalam topik elektrokimia dan minat mereka terhadap mata pelajaran kimia. Terdapat empat aspek yang telah dikaji dalam kajian ini iaitu tahap pemahaman konsep pelajar dalam topik elektrokimia, salah konsep pelajar dalam topik elektrokimia, tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran kimia dan minat pelajar daripada kumpulan pemahaman konsep lemah. Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak daripada enam buah sekolah menengah di daerah Skudai, Johor. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Perisian SPSS Version 14.0 untuk mengira kekerapan, peratusan, dan min. Hasil kajian menunjukkan pemahaman konsep pelajar dalam topik elektrokimia dan minat pelajar terhadap mata pelajaran kimia adalah di peringkat sederhana. Beberapa bentuk salah konsep pelajar dalam topik elektrokimia dan minat pelajar daripada kumpulan pemahaman konsep lemah terhadap mata pelajaran kimia juga telah dikenal pasti. Beberapa implikasi kajian telah dikemukakan berdasarkan dapatan kajian. Cadangan-cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan untuk meningkatkan pemahaman konsep pelajar dalam topik elektrokimia dan meningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran kimia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pemahaman konsep pelajar, elektrokimia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11277
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Dec 2010 04:44
Last Modified:08 Dec 2010 04:44

Repository Staff Only: item control page