Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kefahaman Murid Sekolah Rendah Terhadap Konsep Jirim

Haji Arshad , Mohammad Yusof and Teoh , Chin Keong (2010) Kefahaman Murid Sekolah Rendah Terhadap Konsep Jirim. Kefahaman Murid Sekolah Rendah Terhadap Konsep Jirim . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
86kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman murid sekolah rendah mengenai konsep jirim. Konsep jirim yang diuji berfokus pada konsep asas yang dipelajari di sekolah rendah seperti definisi jirim, bahan jirim dan bukan jirim, serta keadaan jirim pepejal, cecair dan gas. Instumen yang digunakan ialah empat belas soalan soal selidik berbentuk struktur yang diedarkan kepada murid untuk dijawab dalam masa satu jam. Seramai 360 orang murid tahun 4,5 dan 6 daripada empat buah sekolah di daerah Batu Pahat dan Kluang Johor telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid mempunyai idea alternatif mengenai keadaan jirim dan cirinya. Idea alternatif masih kekal dalam minda murid walaupun mereka telah didedahkan dengan konsep jirim di sekolah. Adalah diharapkan guru sains di sekolah sentiasa memberi perhatian yang sepenuhnya tentang permasalahan ini agar dapat merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang berkesan bagi mengatasi kerangka alternatif dalam meningkatkan kebolehan dan pencapaian murid dalam pembelajaran konsep sains sama ada bagi tajuk konsep asas jirim atau konsep sains yang lain.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kefahaman murid, konsep jirim
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11275
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Dec 2010 04:42
Last Modified:08 Dec 2010 04:42

Repository Staff Only: item control page