Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Sekolah Menengah Mengikuti Tuisyen Bahasa Inggeris Di Pusat-Pusat Tuisyen Di Sekitar Zon Keramat, Kuala Lumpur

Mohd. Tahir, Lokman and Baharudin, Farida (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Sekolah Menengah Mengikuti Tuisyen Bahasa Inggeris Di Pusat-Pusat Tuisyen Di Sekitar Zon Keramat, Kuala Lumpur. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Sekolah Menengah Mengikuti Tuisyen Bahasa Inggeris Di Pusat-Pusat Tuisyen Di Sekitar Zon Keramat, Kuala Lumpur . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
114kB

Abstract

Kajian yang telah dijalankan ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar sekolah menengah mengikuti tuisyen Bahasa Inggeris. Responden kajian adalah terdiri daripada 148 orang pelajar yang mengikuti kelas tuisyen Bahasa Inggeris di sekitar Zon Keramat, Kuala Lumpur. Satu set soal selidik yang mengandungi 25 item yang berhubung dengan persoalan kajian telah diedarkan kepada pelajar. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) bagi mendapatkan peratusan dan min. Dari hasil kajian mendapati bahawa faktor utama pelajar menghadiri tuisyen Bahasa Inggeris adalah kerana pengaruh daripada rakan-rakan. Pelajar juga menghadiri tuisyen kerana pengaruh guru di sekolah, pengaruh daripada pusat tuisyen dan minat pelajar itu sendiri. Hasil kajian juga menunjukkan ibu bapa merupakan faktor yang paling kurang mempengaruhi pelajar mengikuti tuisyen Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, tuisyen dapat membantu keperluan pembelajaran iaitu untuk mendapat pendidikan tambahan bagi menampung mana-mana yang kurang dari pembelajaran di sekolah. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan, bahawa proses pembelajaran di sekolah guru-guru menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik minat pelajar kerana setiap pelajar mempunyai kesediaan dan kebolehan yang berbeza untuk belajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, tuisyen Bahasa Inggeris
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11272
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Dec 2010 04:39
Last Modified:02 Mar 2017 03:08

Repository Staff Only: item control page