Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaedah petak sifir: satu kajian perbandingan matematik tahun 4 dalam penguasaan fakta asas darab di Johor

Abu Bakar, Zainudin and Mat Jalil, Mohd Rashid Kaedah petak sifir: satu kajian perbandingan matematik tahun 4 dalam penguasaan fakta asas darab di Johor. NATICOME 2008 CONFERENCE PROCEEDINGS . (Unpublished)

[img] Microsoft Word
105Kb

Abstract

Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kemahiran operasi darab ini penting untuk pembelajaran matematik yang lebih tinggi. Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan untuk melihat keberkesanan kaedah petak sifir dalam proses pembelajaran fakta asas darab matematik tahun 4. Dua pendekatan pengajaran telah digunakan sebagai perbandingan iaitu kaedah pengajaran tradisional yang berasaskan hafalan dan kaedah petak sifir yang menggunakan petak-petak tertentu berasaskan sifir satu hingga sembilan. Dua sekolah telah terlibat dalam kajian ini iaitu SK LKTP Tenggaroh 1 dan SK LKTP Tenggaroh 2. Kedua-duanya berada dalam daerah Mersing, Johor. Kelas pertama daripada kedua-dua buah sekolah telah dipilih sebagai sampel kajian. Kumpulan pelajar seramai 25 orang SK LKTP Tenggaroh 1 diajar dengan menggunakan kaedah petak sifir manakala 25 orang lagi daripada SK LKTP Tenggaroh 2 diajar dengan menggunakan kaedah tradisional (hafalan). Ujian pra dan ujian ujian pos telah diberikan dan markah direkodkan. Soalan ujian pra dan pos dibina berasaskan kepada topik kira darab tahun 4 Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan pencapaian antara kedua-dua kumpulan pelajar. Kumpulan pelajar yang diajar menggunakan kaeadah petak sifir telah menunjukkan peratus peningkatan yang tinggi iaitu 42.96% berbanding kaedah tradisional iaitu 19.68%. Dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah petak sifir lebih berkesan dalam proses pembelajaran asas darab matematik tahun 4. Beberapa cadangan dan penambahbaikan dalam pengajaran fakta asas darab juga dibincangkan.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11271
Deposited By: Dr Zainudin Abu Bakar
Deposited On:16 Dec 2010 03:25
Last Modified:16 Dec 2010 03:57

Repository Staff Only: item control page