Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah daerah Johor Bahru dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Nordin, Mohd Safarin and Abdul Hamid, Mohd Zolkifli and Saud, Muhammad Sukri and Abu Bakar, Zainudin and Abdul Razak, Diyana Kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah daerah Johor Bahru dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. JPPG 2010 CONFERENCE PROCEEDINGS . (Unpublished)

[img] Microsoft Word
113Kb

Abstract

Kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) merupakan dua elemen yang menjadi fokus utama dalam kertas kerja ini. Hal ini kerana gaya pembelajaran dan kemahiran visualisasi dipercayai mempunyai hubungan antara satu sama lain. Kemahiran visualisasi merupakan kemahiran yang sangat penting dalam LK kerana kemahiran ini merupakan keupayaan minda melihat sesebuah objek atau simbol dan berfikir dalam dua atau tiga dimensi dalam minda seseorang individu (Widad dan Foong, 2004). Justeru itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan tentang tahap kemahiran visualisasi dan hubungannya dengan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang mempelajari mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah. Tahap kemahiran visualisasi pelajar diuji dengan menggunakan dua ujian piawai yang sering digunakan dalam kajian-kajian berkaitan visualisasi iaitu ujian Purdue Spatial Visualisation Tests of Rotation (PSVT:R) dan Minnesota Paper Form Board Test (MPFBT). Ujian-ujian tersebut bertujuan mengkaji perbezaan tahap kemahiran visualisasi pelajar dari dua aspek kemahiran mental yang berbeza seperti kemahiran memutar secara mental dan kemahiran menggabung secara mental. Sementara itu, bagi menentukan gaya pembelajaran pelajar, soal selidik gaya pembelajaran Honey and Mumford telah digunakan. Seramai 160 orang (75 lelaki dan 55 perempuan) pelajar di sekolah-sekolah menengah harian biasa daerah Johor Bahru telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kemahiran memutar yang sederhana rendah dan tahap kemahiran menggabung yang sederhana tinggi.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11268
Deposited By: Dr Zainudin Abu Bakar
Deposited On:16 Dec 2010 03:28
Last Modified:16 Dec 2010 03:53

Repository Staff Only: item control page