Abu Bakar, Zainudin and Dali, Hassani and Md. Ali, Ruzlan and Ghazali, Mohd. Izam (2008) Minat guru pelatih terhadap ICT. In: Kemahiran Ict Di Kalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia. Arah Publications Sdn. Bhd., Selangor, pp. 57-65. ISBN 978-983-3718-40-5
Microsoft Word
102kB |
Abstract
Senario pendidikan kini amat memerlukan guru-guru pelatih yang berijazah lebih kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Kreatif bermaksud kebolehan seseorang mencipta, menghasilkan dan memperkembangkan sesuatu. Inovatif pula ialah kebolehan seseorang untuk memulakan sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk kaedah, sistem pendekatan atau sebagainya. Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak berminat dengan pembelajaran guru.Malah ketandusan inovasi dan pembaharuan yang berterusan dalam mana-mana subjek di sekolah menyebabkan pelajar merasakan sesuatu subjek itu stereotaip, tidak mencabar, statik dan membosankan (PPK, 2004). Oleh itu guru pelatih harus memilih kaedah pengajaran dan pembelajarn yang boleh menarik minat serta mencabar kebolehan pelajar, merangsang pembelajaran dan menyeronokkan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial, moral, kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti merasa penting untuk dipelajarai serta berguna untuk masa hadapan. Justeru, satu anjakan paradigma harus dilakukan untuk menjadikan guru-guru pelatih minat dalam teknologi komunikasi dan informasi dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Seperti dimaklumi, minat adalah sangat penting dalam mempengaruhi sikap seseorang terhadap sesuatu perkara. Banyak kajian mendapati minat dapat mempengaruhi seseorang terhadap sesuatu pekerjaan ataupun tugasan yang dilakukan. Dalam aspek ICT pengaruh minat guru-guru adalah sangat penting terutamanya dalam memastikan sikap mereka terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran. Dalam konteks ini minat terhadap ICT guru-guru pelatih meliputi minat yang berhubungan dengan beberapa perkara seperti sejarah perkembangan komputer, bagaimana komputer berfungsi, pengaturcaraan program komputer, penghasilan perisian multimedia, penilaian perisian komersial, aplikasi komputer untuk tujuan pengajaran dan/atau pembelajaran, keselamatan data dalam komputer serta undang-undang hak cipta. Semua perkara yang dinyatakan di atas adalah penting sekiranya seseorang itu boleh dianggap sebagai memiliki ketrampilan yang tinggi dalam teknologi komputer. Justeru guru pelatih perlu melengkapkan diri dengan perkara-perkara tersebut dengan bersungguh-sungguh. Kesediaan guru-guru yang dilahirkan tidak hanya terhad kepada keupayaan menggunakan Teaching Courseware atau 850 On the Shelf Courseware yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia malah berperanan membantu mencapai dasar utama Kementerian Pelajaran berkaitan teknologi komunikasi dan informasi dalam pendidikan iaitu “memastikan semua pelajar celik ICT; mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan, sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran; dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan” (KPM, 2006). Walau bagaimanapun, pembelajaran yang bertonggakkan minat yang mendalam tentunya bukan sahaja memudahkan bakal guru mengikuti sesi-sesi pembelajaran berkenaan, malah dengan minat juga dapat memastikan kecekalan dan kemahuan yang berterusan untuk terus mempelajari dan menguasai ilmu yang dipelajari.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11264 |
Deposited By: | Dr Zainudin Abu Bakar |
Deposited On: | 16 Dec 2010 03:30 |
Last Modified: | 02 Oct 2017 03:43 |
Repository Staff Only: item control page