Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penguasaan Kemahiran ICT Guru-Guru Pelatih

Abu Bakar, Zainudin and Rajuddin, Muhammad Rasyid and Ibrahim, Mohd Ali and Abdul Wahid, Nur Husna and Hassan, Zainuddin (2008) Penguasaan Kemahiran ICT Guru-Guru Pelatih. In: KEMAHIRAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH ITPA MALAYSIA. ARAH PUBLICATIONS SDN BHD, SELANGOR, pp. 9-19. ISBN 978-983-3718-40-5

[img] Microsoft Word
63kB

Abstract

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) secara jelas telah menggariskan matlamat untuk membentuk dan melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Melalui matlamat ini diharapkan pelajar-pelajar dapat berkembang dan membentuk personaliti yang seimbang dalam semua aspek. Di sini jelas peranan bidang Pendidikan, terutamanya sekolah, adalah sangat penting. Melalui guru, pihak sekolah dapat memainkan peranan membantu merealisasikan matlamat Pendidikan yang telah digariskan oleh FPK di atas. Justeru itu, guru-guru perlu memastikan mereka benar-benar kompeten untuk melaksanakan tanggungjawab yang berat ini. Banyak aspek perlu diperhatikan seperti pengajaran pembelajaran, sumber pengajaran pembelajaran, bahan bantu, ICT, kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan proses pengajaran pembelajaran. Salah satu aspek penting dalam sistem pendidikan dewasa ini adalah penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran. Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit bagi mengaplikasikan ICT dalam pendidikan. Dalam perancangan pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggariskan tiga polisi utama berkaitan dengan ICT dalam pendidikan (Chan, 2002). Pertama, penggunaan ICT dalam pendidikan adalah meliputi semua pelajar. Kedua, penggunaan ICT sebagai alat dalam proses pengajaran pembelajaran. Dan ketiga, meningkatkan produktiviti dan efisiensi dalam sistem pengurusan pendidikan. Di sini jelas betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah, terutamanya guru-guru, dalam menentukan kejayaan pengaplikasian ICT dalam pendidikan. Sebagai guru mereka perlu memastikan mereka berkemampuan mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran mereka. Namun begitu apa yang jelas terdapat dua perkara berkaitan yang mempengaruhi kejayaan penggunaan ICT dalam pendidikan iaitu aspek guru dan aspek perkakasan (kemudahan dan kebolehcapaian). Aspek guru meliputi perkara-perkara seperti pengetahuan dan kemahiran ICT, minat yang tinggi dalam ICT dan sikap yang positif terhadap ICT. Manakala aspek perkakasan meliputi perkara-perkara seperti kemudahan dan kebolehcapaian ICT di sekolah, kekerapan penggunaan dan pengaplikasian. Kedua-dua faktor ini merupakan faktor yang saling berkait. Dalam proses pengaplikasian pula terdapat dua kumpulan guru yang perlu diambil kira itu guru-guru yang sedia mengajar di sekolah dan juga bakal-bakal guru yang sedang mengikuti program-program pendidikan di institusi pengajian tinggi. Bagi guru-guru sedia ada di sekolah beberapa program atau kursus dalam perkhidmatan boleh diadakan untuk membantu mereka, terutamanya yang kurang berkemahiran, mempelajari dan meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran. Manakala bakal-bakal guru, proses peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam pengajaran pembelajaran boleh diberikan semasa mereka mengikuti kursus perguruan di institusi masing-masing. Selain dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang mata pelajaran mereka akan dapat menggunakan ICT sebagai alatan pengajaran mereka apabila mereka mengajar kelak. Banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran meliputi tahap pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan guru-guru, tahap sikap dan minat, tahap kemudahan dan kebolehcapaian ICT di sekolah, tahap penggunaan dan keberkesanan kendiri. Kesemuanya ini menjurus kepada menggambarkan tahap penguasaan ICT di kalangan guru-guru di sekolah.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
ID Code:11263
Deposited By: Dr Zainudin Abu Bakar
Deposited On:16 Dec 2010 03:30
Last Modified:27 Jul 2017 02:38

Repository Staff Only: item control page