Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelajar berisiko: langkah penambahbaikan proaktif

Abu Bakar, Zainudin and Abdul Ghaffar, Mohd Najib and Hamdan, Abdul Rahim and Yassin, M.Al-Muzzamil and Boon, Yusof Pelajar berisiko: langkah penambahbaikan proaktif. JPPG 2007 SABAH PROCEEDINGS . (Unpublished)

[img] Microsoft Word
103kB

Abstract

Perubahan yang berlaku telah menyebabkan keperluan untuk meningkatkan prestasi pelajar berisiko di sekolah menjadi semakin penting. Usaha meningkatkan prestasi pelajar berisiko menghadapi masalah kerana banyak pihak yang masih keliru atau belum dapat mengenal pasti siapakah sebenarnya pelajar yang berisiko, ciri-ciri pelajar yang berisiko dan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk membantu pelajar-pelajar berisiko ini sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah. Sebelum ini perbincangan banyak memberi tumpuan terhadap masalah disiplin dan pencapaian pelajar, tetapi kurang memberi perhatian terhadap persoalan mengapa pelajar-pelajar ini dikatakan sebagai pelajar berisiko. Tambah mengelirukan perbincangan-perbincangan dalam literatur sentiasa berubah-ubah, pelbagai dan berbeza-beza penjelasan tentang pelajar berisiko. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan definisi pelajar berisiko, ciri-ciri pelajar berisiko dan strategi yang sesuai digunakan untuk menangani masalah pelajar berisiko. Sembilan bidang utama (identifikasi, kurikulum, perancangan untuk perubahan, kepimpinan, persekitaran pembelajaran, staf berkualiti, komuniti sekolah, kolaborasi antara agensi dan sumber, peruntukan dan perkhidmatan) telah dikenal pasti sebagai faktor kritikal dalam menangani pelajar berisiko di sekolah. Implikasi pelajar berisiko kepada sekolah turut dibincangkan dalam kertas kerja ini.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:11256
Deposited By: Dr Zainudin Abu Bakar
Deposited On:10 Dec 2010 01:21
Last Modified:27 Sep 2017 07:18

Repository Staff Only: item control page