Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Guru Terhadap Peranan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Pengajaran Guru Di Sekolah Di Zon PKG Bandar Renggam, Kluang, Johor

Idris, Abdul Razak and Shahidan, Azizah (2010) Persepsi Guru Terhadap Peranan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Pengajaran Guru Di Sekolah Di Zon PKG Bandar Renggam, Kluang, Johor. Persepsi Guru Terhadap Peranan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Pengajaran Guru Di Sekolah Di Zon PKG Bandar Renggam, Kluang, Johor . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
89kB

Abstract

Pusat Kegiatan Guru (PKG) merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan yang berperanan sebagai pusat kegiatan profesional guru secara terancang dengan mengadakan kegiatan-kegiatan pendidikan yang mengutamakan perkembangan kurikulum dan teknologi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi guru terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen perubahan dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru di sekolah. Seramai seratus lapan responden daripada tiga puluh lima buah sekolah di dalam kawasan pentadbiran PKG Bandar Renggam, Johor telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Data yang diperoleh melalui soal selidik diproses menggunakan SPSS 15 untuk mendapatkan nilai min, peratus dan kekerapan. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai kebolehpercayaan yang diperoleh adalah 0.968. Hasil analisis yang dijalankan, menunjukkan keseluruhan tahap PKG sebagai pusat ikhtisas dan kurikulum (3.54), pusat sumber (3.44), agen penyelesaian masalah (3.44) dan agen perubahan (3.33) dalam membantu meningkatkan pengajaran guru di sekolah berada pada tahap yang sederhana. Oleh itu, diharapkan pihak PKG dapat mengambil maklumat ini sebagai langkah untuk meningkatkan lagi peranannya bagi memastikan kualiti pengajaran terjamin.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi guru, pusat kegiatan guru (PKG), kualiti pengajaran guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11253
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Dec 2010 14:33
Last Modified:27 Sep 2017 07:07

Repository Staff Only: item control page